Saturday, November 27, 2010

nilai dan pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sorry sangat sebab lambat bagi kamu semua. manfaatkanlah ye!


Nilai & Pengajaran
·         NILAI
1) Tolong-Menolong
·       Semasa kedatangan pertama Rahmat, Hisyam, dan Munirah, Seman dan Manaf menolong mengangkat barang mereka dan membantu mengayuh perahu bagi menghantar mereka bertiga ke Batu Ragi.
·       Ramai penduduk kampung datang menolong Hisyam dan Rahmat dalam menyiapkan rumah Long Nemat kerana tanahnya akan digunakan untuk membina jalan di atasnya.
·       Sepanjang Hisyam tinggal di kedai Seman, dia banyak membantu Seman dalam membasuh gelas-gelas dan melayan pelanggan.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah saling menolong antara satu sama lain bagi meringankan beban antara satu sama lain.
2) Hormat- menghormati
·      Demi menghormati Rahmat sebagai suaminya, Munirah sanggup melupakan minatnya dalam bidang muzik kerana menghormati suaminya yang bimbang mereka akan mengabaikan tugas-tugas agama.
·      Munirah segera berhenti menggesek biola apabila melihat ayah rahmat pulang ke rumah, bagi menghormatinya.
·      Rahmat, Hisyam dan Munirah bersalaman dengan semua orang di kedai minum yang terletak di tepi sungai.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah sentiasa menghormati orang yang lagi tua ataupun ketua kita bagi menjalin silaturrahim yang lebih erat antara satu sama lain.
3) Kerjasama
·      Penduduk kampung bekerjasama dalam mendirikan semula kedai Seman yang telah terbakar sebelumnya.
·      Rahmat bekerjasama dengan beberapa sukarelawan untuk menyiapkan jambatan yang dapat disiapkan dalam masa 2 minggu sahaja. Selain itu, Rahmat, Pak usu Ujang, Mamat Liat, Husin, Dolah dan Seman bekerjasama memotong pokok di hutan dalam proses membina jambatan.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah sentiasa bekerjasama ddalam melakukan sesuatu pekerjaan, bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Walau sesusah mana pun sesuatu pekerjaan.
4) Kasih Sayang
·      Rahmat memujuk isterinya yang menangis apabila diberitahu tentang perasaannya yang tidak menyukai isterinya bermain muzik.
·      Rahmat memimpin Munirah ketika mendaki tebing sungai yang agak curam dan licin kerana bimbang Munirah akan jatuh.
·      Demi kasih sayang antara abang dan adik, Jalil tidak sanggup untuk menembak abangnya, Rahmat walaupun disuruh oleh Rauf, sebaliknya, membunuh Rauf sendiri.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah sentiasa menyayangi dan menghargai kehadiran insan yang telah menemani hidup kita kerana mereka sudi menerima diri kita seadanya.

5) Rasional
·      Walaupun Rahmat berasa sangat marah apabila terdapat cubaan membunuhnya, tetapi dia tetap tenang dan tidak melakukan perkara melulu ketika berjumpa dengan Batin Uda.
·      Semasa Pak usu Ujang tidak sedarkan diri setelah dihempap punggur, Rahmat dan pemuda-pemuda yang lain tidak panik, sebaliknya memikirkan cara untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin.
PENGAJARAN:
·         Kota hendaklah berfikiran rasional dalam setiap perbuatan kita bagi mengelakkan kita daripada bertindak melulu, terutamanya pada saat-saat genting.


·         PENGAJARAN (tambahan)

1.       Kita hendaklah bersyukur dengan setiap nikmat yang kita miliki di dunia. Rahmat Seharusnya bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang cantik, berbudi, berbahasa, berpelajaran dan teguh beragama.
2.       Kita hendaklah redha dengan segala ketentuan Tuhan kerana setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Rahmat redha atas ketentuanNya, yang mana dia masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata setelah lima tahun berkahwin dengan Munirah.
3.       Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi pelbagai bentuk musibah yang menimpa agar tidak melakukan perkara yang tidak wajar. Rahmat dan Munirah tetap bersabar atas tuduhan melulu Imam Jusuh yang mengatakan Munirah adalah Islam celup.
4.       Kita hendaklah menjaga adab ketimuran kita dan tingkah laku kita semasa bersama orang bukan muhrim. Perbuatan Hisyam yang sering memandang Masita di dalam rumah adalah sangat tidak manis. Selain itu, Masita sengaja masuk ke bilik Hisyam pada tengah malam dan berbual-bual sehingga subuh. Hisyam dan Salwa juga pernah duduk berdua-duaan di dusun pada tengah malam dan berbual-bual sehingga subuh.
5.       Kita tidak patut saling menyalahi antara satu sama lain atau meletakkan sesuatu kesalahan itu terhadap orang lain tanpa usul periksa. Orang kampung tidak sepatutnya menyalahkan Rahmat sepenuhnya atas setiap masalah yang timbul  disebabkan olep pembinaan jalan raya itu, kerana tidak semuanya berpunca daripada Rahmat sendiri, contohnya bunyi motosikal Jalil yang bising dan kedatangan penjual ais krim itu berada di luar rancangan pembangunan Rahmat.

Selamat menduduki peperiksaan!!!All the BEST!!

Ezzati Aida~

No comments:

Post a Comment