Saturday, October 30, 2010

Egypt *tiba-tiba*

Well basically this post is not really about class activities or pembahagian tugas ke or Cas project ke or not even the G4, Y2K, LT1, SPF 30 and ape tah lagi project IB which make MD62 rocks! T.T ( I miss that moments ). Tujuan hamba mengupdate blog ex-class hamba ini ( please say that I'm still the MD62, pleaseee, pleaseeeee ) adalah untuk errrrr.... entah la. I dont even know why I want to update this blog in this 17 degree cold night at Egypt. Maybe the fact that "saya rindu kamu semua kot" *malu*

OK TUKAR TOPIC, I stalked eh silap, I watched anda-anda punye FB photo album and I came across your recently Tadika project and the class potrait and wanna know something, I wish I didn't watched those album. sob sob sob. hehs mood sedih is seriously a miserable mood and tiring so x nak sedih2 dah and lets just make it positive. Howyeah!!! ( fine I lied, memang still sentap with those pics actually )
anyhow, deep in my heart I'm happy to see the class potrait and the Tadika project as well. You guys have such a happy and gumbira  face. Muke Hazim bersinar mcm Edward Cullen dlm Twilight ( please dont brag Hazim due to this statement. I WARNED YOU! )

lol lol lol lol lol lol lol lol lol

yelah all this while the status of my colleagues in FB sume stok ketegangan (tension) with the Lab reports lah, Exam lah, Bising kat wispi la, Politics lah. politics ? damn some of you are really in with that eh ?!!! ha x kisah la and yes those negative statements. THAT WAS FROM WHAT I SAW in FB. so its good to see you guys having fun and Charmaine status which sounds like : MD62 may not be the best class in KMS , bla bla bla but we are happy/great/gembira or something like that. ( sorry Charmaine ).
dah afiq cukup2 lah tu... ok sorry SANGAT-SANGAT x dapat nak mention name sorang2 ( kalau mention jadi macam post Hazim la pulak kan! Hazim lagi -__-" ) but seriously, my eyes go straight to your FB. hua hua hua hua.

*Pochip and Ucop - dont be late to class, sile salin result experiments, thanks for calling last time (yesh, you saved my soul last time! agagagaga )

till then EX OW EX OW
Oh 1 more thing, I'm the pioneer of the Dental student here in Alex. ecececeh.. nak brag sket.
and my first exam would be right after raye haji. hope you guys pray for me and insyaallah you guys are always in my pray.

p/s: i know this entry is rubbish,  but I got the password meh so update je lah kan! lolololololol ;p

obviously,
AL-DUKTUR AFIQ FARHAN
TIB AL-ISNAN
GAMAAH AL-ISKANDARIAH
MISR

Thursday, October 28, 2010

Watak-watak Karya Agung Karyawan Dunia- Hazim Shafi'i

Pencerita 1: Afiqah

Pencerita 2: Amirul

Hazim sudah menjiwai wataknya!

Raja Belang: Hazim
Why: Because sape lagi nak jadi watak utama kalau bukan Hazim. *EVIL LAUGH*

Sang Singa: Yusuff
Why: Rambut Yusuff yang lama tu macam kepala singa. *EVIL LAUGH*

Serigala: Syaza

Zirafah: Hadi

Penyu: Zul
Why: Perlu tanya kenapa lagi ke? hint: Taman Tasik Seremban

Burung 1: Syakira

Burung 2: Nabilla

Monyet: Adilah
Why: Adilah tak mahu jadi Merak tapi jadi monyet dia nak. Kenapa eh? Gajah pun tak nak jadi. Monyet je la yang dia mahu.

Landak: Sarah

Arnab 1: Izzah

Arnab 2: Wani
Why: sinonim ngan nature Wani yang suka melompat-lompat disana-sini.

Gajah: Ustazah
Why: because Ustazah je la yang berani mengambil watak yang cukup besar iaitu gajah.

Kancil: Farah

Burung Merak: Nad
Why: Because dikatakan oleh seseorang bahawa Nad yang paling cantik dalam kelas MD62. Tak tipu! Memang ada orang ni yang cakap. Tapi x boleh la bitahu nama dia... dia malu la pulak nanti... Muka Nad dah merah la tu... hahaha

Pokok 1: Pat
Why: biar Pat rasa bagaimana terpaksa berdiri diam-diam untuk beberapa minit.Persoalannya... Mampukah Pat?

Pokok 2: Iliana

Pokok 3: Charmaine

Drama Bagaimana Singa Menjadi Raja Rimba?

Pencerita 1: 

Pada zaman dahulu; dimana haiwan mampu berkata-kata; hutan penuh kehijauan; bumi yang subur dan sejahtera; Rimba Sejahtera terletak dibawah pemerintahan Raja Belang, seekor Harimau yang cukup ditakuti oleh haiwan-haiwan lain. 

Raja Belang: (Mengaum) Tiada siapa yang mampu menewaskan aku.

Pencerita 2: 

Pemerintahan Raja Belang dengan dibantu pengikut setianya, Serigala cukup kejam. Ramai haiwan menjadi mangsanya. Tiada siapa yang sanggup berdiri menentang Raja Belang demi keadilan. Pada suatu hari, segala haiwan di Rimba Sejahtera mengadakan satu pertemuan rahsia.

Arnab 1: Wahai kawan-kawanku! Dengarlah keluhanku. Sejak Raja Belang menjadi raja kita, kami arnab-arnab sungguh takut untuk keluar dari rumah.

Arnab 2: Kami risau jika diserang oleh Raja Belang dan konco-konconya. Sudah dua sahabat kami yang menjadi makanannya.

Landak: Untung aku mempunyai duri-duri yang tajam.

Monyet: Makanan aku juga dirampas oleh Raja Belang. Pisang, durian, rambutan dan manggis terpaksa aku berikan jika tidak, nyawaku pula akan diambil.

Burung 1: Sarang-sarang kami juga dirosakkan Raja Belang.

Gajah: Kita perlu melakukan sesuatu kerana nampaknya pemerintahan Raja Belang hanya menyusahkan kita.

Burung 2: Wahai sang Gajah! Apa yang boleh kita lakukan? Tiada sesiapa yang berani menentang Raja Belang.

Burung Merak: Aku boleh sahaja menewaskannya tetapi aku taat pada rajaku.

Penyu: Taat pada raja yang zalim? Tidak! Kita tidak boleh tunduk pada raja yang zalim.

Zirafah: Hey Si Merak, tak perlu kamu berlagak angkuh disini. Kami semua tahu kamu ni suka bercakap besar sahaja. Kamu takut dengan Raja Belang.

Pencerita 1:
DI istana pula, Raja Belang mula berasa bosan dengan istananya. Istananya sudah mula berhabuk dan kotor. 

Raja Belang: Beta tidak suka akan istana beta ini. 

Serigala: Istana tuanku cukup cantik dan indah. Mengapa tuanku membencinya?

Raja Belang: Lihatlah istana ini. Kotor dan berhabuk. Beta mahu membina istana baru. 

Serigala: Akan saya tunaikan permintaan tuanku.

Pencerita 2:

Serigala pun pergi mengumpulkan segala haiwan di Rimba Sejahtera.
Serigala: Wahai haiwan Rimba Sejahtera sekalian! Raja Belang telah memerintahkan agar segala haiwan di Rimba Sejahtera membantu membina istana baru buat tuanku.
(Semua haiwan mula mengeluh)

Pencerita 1:
Semua haiwan mula berkerja membina istana Raja Belang yang baru. Sang gajah perlu mencari kayu-kayu besar untuk dijadikan tiang istana. Monyet pula perlu mencari daun-daun untuk dijadikan bumbung. Zirafah pula perlu membantu memasang bumbung.Manakala,landak dan arnab pula perlu mengorek lubang untuk dijadikan kolam. 

Pokok 1: Wahai sang gajah, tolonglah jangan tumbangkan kami. Kami juga mahu hidup.

Gajah: Maafkanku pokok tetapi jika aku tidak tumbangkan engkau, pasti aku akan menjadi mangsa Raja Belang.

Pokok 2: Mengapa Raja Belang sungguh kejam? Istana lamanya masih elok.

Pokok 3: Banyak saudara-saudara kami ditumbangkannya ketika ingin membina istana lamanya. Kini, kami pula.

Pencerita 2: 

Semua haiwan bekerja keras untuk menyiapkan istana Raja Belang. Ramai yang telah jatuh sakit kerana terlampau penat. Pada suatu hari, datang seekor singa ke Rimba Sejahtera. Sang singa cukup terkejut apabila melihat semua haiwan terpaksa bekerja dengan teruk untuk raja mereka, Raja Belang.

Singa: Saya akan membantu kamu semua untuk melawan Raja Belang yang kajam.

Burung Merak: Kamu tidak boleh mengalahkan Raja Belang kerana dia lebih hebat.

Gajah: Saya akan membantu kamu. Saya berbadan besar dan kuat.

Landak: Saya juga akan membantu. Saya mempunyai duri-duri yang cukup tajam.

Pencerita 1: 

Semua haiwan bersetuju untuk membantu sang singa untuk mengalahkan Raja Belang. Pada keesokan harinya, semua haiwan di Rimba Sejahtera bergerak beramai-ramai ke istana lama Raja Belang. 

Singa: Wahai Raja Belang! Keluar kamu. 

Harimau: Sungguh biadap! Siapakah yang berani untuk menentang beta?

Singa: Akulah sang singa dari Rimba Damai. Tuanku telah menindas sekalian haiwan di Rimba Sejahtera.

Serigala: Tuanku adalah raja yang adil.

Raja Belang: Baik. Mari kita beradu siapakah yang mempunyai ngauman yang lebih kuat? Jika beta tewas, beta akan keluar dari rimba ini buat selama-lamanya tetapi jika beta menang, semua haiwan di Rimba Sejahtera akan dihukum dan sang singa perlu keluar dari rimba ini.

Penyu: Mari kita lantik sang kancil sebagai pengadil kerana sang kancil terkenal dengan keadilan dan kebijaksanaannya.

Pencerita 2: Sang kancil pun dipanggil untuk menjadi pengadil. Pertandingan pun dimulakan...

Kancil: Sang singa akan mula dahulu.

Pencerita 1: Sang singa mengaum dengan cukup kuat sehingga seluruh penghuni Rimba Sejahtera mampu mendengarnya.

Kancil: Terima kasih sang Singa. Raja Belang pula. Silakan tuanku.

Pencerita 2: Raja Belang pula mengaum tetapi ternyata sang Singa mengaum lebih kuat.

Kancil: Pemenangnya ialah sang Singa.

Raja Belang: Tidak!

Monyet: Tahniah sang singa. 

Zirafah: Nampaknya, kita telah bebas daripada pemerintahan kejam Raja Belang.

Arnab 1: Saya mencadangkan agar sang Singa menjadi raja Rimba Sejahtera yang baru.

Arnab 2: Saya setuju.

Semua haiwan: Kami setuju!

Pencerita 2: Begitulah cerita bagaimana sang Singa menjadi Raja Rimba. Raja Belang pula terpaksa keluar dari Rimba Sejahtera bersama-sama dengan Serigala kerana malu akan kekalahannya. Sejak dari hari itu, semua haiwan hidup dengan gembira.

Pencerita 1: Pengajaran yang kita boleh perolehi daripada kisah ini ialah kita perlu berlaku adil kepada semua orang


Karya Muhammad Nur'Ayunnie Hazim bin Shafii. Drama ini telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa yang tidak terkira bilangannya. Drama ini telah mencatatkan rekod dunia iaitu hasil jualan mencecah berbillion ringgit mengalahkan Harry Potter. Drama ini akan diadaptasikan menjadi sebuah filem.


Friday, October 1, 2010

BM Ranjau Sepanjang Jalan teams

Assalamualaikum WBT and good day to Pat and Sleepermaine (our new MD62 superhero)

Anyway, here are the BM teams.

1) Tema and Persoalan

 a) Shakira Wakaka

b) Nad

c) Yusuff

d) Iliana

2) Plot dan Gaya Bahasa

a) Zul Penuuh

b) Charmaine

c) Nabilla

d) Ustazah

3) Watak dan Perwatakan

a) Hazim

b) Sarah

c) Fiqah

d) Wani

4) Latar

a) Amirul

b) Syaza

c) Adilah

d) Izzah

5) Nilai dan Pengajaran

a) Farah

b) Hadi

c) Pat


Here's the thing... I know there will be objections and disagreements but I would really appreciate if you just accept this. I would be extremely offended if any of you decided to switch teams. I am so sorry and yes it is my fault for announcing this so late. And yes, I should have been more democratic and let you decide your own team but there wasn't enough time which was my fault because I have a really bad time management. Sorry :(

Thanks and yes, I am a dictator :) So follow whatever I told you to do... hahaha