Thursday, October 28, 2010

Drama Bagaimana Singa Menjadi Raja Rimba?

Pencerita 1: 

Pada zaman dahulu; dimana haiwan mampu berkata-kata; hutan penuh kehijauan; bumi yang subur dan sejahtera; Rimba Sejahtera terletak dibawah pemerintahan Raja Belang, seekor Harimau yang cukup ditakuti oleh haiwan-haiwan lain. 

Raja Belang: (Mengaum) Tiada siapa yang mampu menewaskan aku.

Pencerita 2: 

Pemerintahan Raja Belang dengan dibantu pengikut setianya, Serigala cukup kejam. Ramai haiwan menjadi mangsanya. Tiada siapa yang sanggup berdiri menentang Raja Belang demi keadilan. Pada suatu hari, segala haiwan di Rimba Sejahtera mengadakan satu pertemuan rahsia.

Arnab 1: Wahai kawan-kawanku! Dengarlah keluhanku. Sejak Raja Belang menjadi raja kita, kami arnab-arnab sungguh takut untuk keluar dari rumah.

Arnab 2: Kami risau jika diserang oleh Raja Belang dan konco-konconya. Sudah dua sahabat kami yang menjadi makanannya.

Landak: Untung aku mempunyai duri-duri yang tajam.

Monyet: Makanan aku juga dirampas oleh Raja Belang. Pisang, durian, rambutan dan manggis terpaksa aku berikan jika tidak, nyawaku pula akan diambil.

Burung 1: Sarang-sarang kami juga dirosakkan Raja Belang.

Gajah: Kita perlu melakukan sesuatu kerana nampaknya pemerintahan Raja Belang hanya menyusahkan kita.

Burung 2: Wahai sang Gajah! Apa yang boleh kita lakukan? Tiada sesiapa yang berani menentang Raja Belang.

Burung Merak: Aku boleh sahaja menewaskannya tetapi aku taat pada rajaku.

Penyu: Taat pada raja yang zalim? Tidak! Kita tidak boleh tunduk pada raja yang zalim.

Zirafah: Hey Si Merak, tak perlu kamu berlagak angkuh disini. Kami semua tahu kamu ni suka bercakap besar sahaja. Kamu takut dengan Raja Belang.

Pencerita 1:
DI istana pula, Raja Belang mula berasa bosan dengan istananya. Istananya sudah mula berhabuk dan kotor. 

Raja Belang: Beta tidak suka akan istana beta ini. 

Serigala: Istana tuanku cukup cantik dan indah. Mengapa tuanku membencinya?

Raja Belang: Lihatlah istana ini. Kotor dan berhabuk. Beta mahu membina istana baru. 

Serigala: Akan saya tunaikan permintaan tuanku.

Pencerita 2:

Serigala pun pergi mengumpulkan segala haiwan di Rimba Sejahtera.
Serigala: Wahai haiwan Rimba Sejahtera sekalian! Raja Belang telah memerintahkan agar segala haiwan di Rimba Sejahtera membantu membina istana baru buat tuanku.
(Semua haiwan mula mengeluh)

Pencerita 1:
Semua haiwan mula berkerja membina istana Raja Belang yang baru. Sang gajah perlu mencari kayu-kayu besar untuk dijadikan tiang istana. Monyet pula perlu mencari daun-daun untuk dijadikan bumbung. Zirafah pula perlu membantu memasang bumbung.Manakala,landak dan arnab pula perlu mengorek lubang untuk dijadikan kolam. 

Pokok 1: Wahai sang gajah, tolonglah jangan tumbangkan kami. Kami juga mahu hidup.

Gajah: Maafkanku pokok tetapi jika aku tidak tumbangkan engkau, pasti aku akan menjadi mangsa Raja Belang.

Pokok 2: Mengapa Raja Belang sungguh kejam? Istana lamanya masih elok.

Pokok 3: Banyak saudara-saudara kami ditumbangkannya ketika ingin membina istana lamanya. Kini, kami pula.

Pencerita 2: 

Semua haiwan bekerja keras untuk menyiapkan istana Raja Belang. Ramai yang telah jatuh sakit kerana terlampau penat. Pada suatu hari, datang seekor singa ke Rimba Sejahtera. Sang singa cukup terkejut apabila melihat semua haiwan terpaksa bekerja dengan teruk untuk raja mereka, Raja Belang.

Singa: Saya akan membantu kamu semua untuk melawan Raja Belang yang kajam.

Burung Merak: Kamu tidak boleh mengalahkan Raja Belang kerana dia lebih hebat.

Gajah: Saya akan membantu kamu. Saya berbadan besar dan kuat.

Landak: Saya juga akan membantu. Saya mempunyai duri-duri yang cukup tajam.

Pencerita 1: 

Semua haiwan bersetuju untuk membantu sang singa untuk mengalahkan Raja Belang. Pada keesokan harinya, semua haiwan di Rimba Sejahtera bergerak beramai-ramai ke istana lama Raja Belang. 

Singa: Wahai Raja Belang! Keluar kamu. 

Harimau: Sungguh biadap! Siapakah yang berani untuk menentang beta?

Singa: Akulah sang singa dari Rimba Damai. Tuanku telah menindas sekalian haiwan di Rimba Sejahtera.

Serigala: Tuanku adalah raja yang adil.

Raja Belang: Baik. Mari kita beradu siapakah yang mempunyai ngauman yang lebih kuat? Jika beta tewas, beta akan keluar dari rimba ini buat selama-lamanya tetapi jika beta menang, semua haiwan di Rimba Sejahtera akan dihukum dan sang singa perlu keluar dari rimba ini.

Penyu: Mari kita lantik sang kancil sebagai pengadil kerana sang kancil terkenal dengan keadilan dan kebijaksanaannya.

Pencerita 2: Sang kancil pun dipanggil untuk menjadi pengadil. Pertandingan pun dimulakan...

Kancil: Sang singa akan mula dahulu.

Pencerita 1: Sang singa mengaum dengan cukup kuat sehingga seluruh penghuni Rimba Sejahtera mampu mendengarnya.

Kancil: Terima kasih sang Singa. Raja Belang pula. Silakan tuanku.

Pencerita 2: Raja Belang pula mengaum tetapi ternyata sang Singa mengaum lebih kuat.

Kancil: Pemenangnya ialah sang Singa.

Raja Belang: Tidak!

Monyet: Tahniah sang singa. 

Zirafah: Nampaknya, kita telah bebas daripada pemerintahan kejam Raja Belang.

Arnab 1: Saya mencadangkan agar sang Singa menjadi raja Rimba Sejahtera yang baru.

Arnab 2: Saya setuju.

Semua haiwan: Kami setuju!

Pencerita 2: Begitulah cerita bagaimana sang Singa menjadi Raja Rimba. Raja Belang pula terpaksa keluar dari Rimba Sejahtera bersama-sama dengan Serigala kerana malu akan kekalahannya. Sejak dari hari itu, semua haiwan hidup dengan gembira.

Pencerita 1: Pengajaran yang kita boleh perolehi daripada kisah ini ialah kita perlu berlaku adil kepada semua orang


Karya Muhammad Nur'Ayunnie Hazim bin Shafii. Drama ini telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa yang tidak terkira bilangannya. Drama ini telah mencatatkan rekod dunia iaitu hasil jualan mencecah berbillion ringgit mengalahkan Harry Potter. Drama ini akan diadaptasikan menjadi sebuah filem.


No comments:

Post a Comment