Thursday, November 18, 2010

latar tempat novel saga (dila's part)


LATAR TEMPAT
NOVEL SAGA KARYA ABDUL TALIB MOHD HASSAN

MASJID
  • Tempat untuk menunaikan solat
  • Menjadi tempat perbincangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengendalikan pembangunan di Kampung Batu Ragi yang dikendalikan oleh Hisyam dan Rahmat
RUMAH LONG NEMAT
  • Hisyam dan Rahmat pergi ke rumah Long Nemat untuk mendapatkan kebenarannya untuk menggunakan tanah miliknya untuk dijadikan jalan raya.
  • Long Nemat  pada mulanya enggan menerima cadangan itu,namun setelah beberapa  lama kemudian dia akhirnya memberi kebenaran.
SEKOLAH
  • Sekolah yang dibina khas untuk mengajar kanak- kanak kampung Batu Ragi.
  • Pada minggu ketiga pembukaannya, ada orang yang khianat yang bertindak mengotorkan kelas di sekolah itu dengan najis manusia dan sampah sarap
  • Tempat Munirah mengendalikan kursus mengenai rumah tangga yang dibuka untuk kaum wanita kampung itu.
Rumah Rahmat
  • Merupakan rumah ayahnya yang merupakan Ketua Kampung Batu Ragi
  • Menjadi tumpuan penduduk kampung yang ada di antaranya tidak pernah menonton televisyen.
  • Tempat Hisyam dirawat oleh ayah Rahmat. Ayah Rahmat hanya menggunakan daun sirih untuk mengubati kecederaan parah di kaki Hisyam.
  • Masita pergi ke bilik Hisyam untuk berbual dan mencurahkan rasa hatinya kepada Hisyam.
Rumah Fatimah
  • Munirah bertindak untuk membidankan Fatimah kerana kelewatan bidan tua pergi ke rumahnya (yang sengaja dijemput lewat).
  • Munirah menganggap kebanyakan tindakan bidan tua dalam membidankan orang tidak besesuaian dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat .
  • Tindakan Munirah tidak disenangi oleh bidan tua yang menganggap Munirah hanya mahu menyibuk dengan tugasnya yang sudah lama dipegang.
Kampung Jeram Panjang
  • Perkampungan orang asli yang menjadi tempat tinggal Syalang
  • Ketua kampungnya bernama Batin Uda.
Pondok kecil di Kampung Jeram Panjang
  • Tempat Rahmat, Hisyam dan Abang Husin menumpang tidur
  • Dapur pondok dibakar orang dan Rahman, Hisyam dan Abang Husin sempat menyelamatkan diri
  • Seluruh pondok habis ranap dibakar

Pondok Batin Uda
  • Rahmat pergi ke situ secara berseorangan untuk mendapatkan penjelasan tentang kes pondok yang ditumpanginya dibakar orang
  • Batin Uda mengajak Rahmat bercakap di pinggir hutan
Pinggir Hutan
  • Rahmat yang mahu berbincang dengan Batin Uda telah diugut agar tidak melawan dengan menggunakan senapang dan matanya ditutup .
  • Rahmat dibawa menaiki perahu ke tempat yang tidak dia ketahui memandangkan matanya yang telah ditutup dan tangannya telah diikat
Pondok tempat Rahmat dikurung
  • Rahmat dikurung oleh Rauf selama tiga hari tiga malam
  • Pada hari yang keempat, Jalil datang ke pondok itu dan terkejut melihat Rahmat dikurung
  • Pada malamnya, Jalil datang lagi dan memberitahu Rahmat bahawa dia langsung tidak terlibat dalam penangkapan Rahmat
  • Pada malam itu juga, Batin Uda bertindak melepaskan Rahmat dari ikatan kerana dia tidak mahu lagi bersubahat dengan Rauf yang telah menodai anak gadisnya.
*ade 2 part tw.izzahnye part pn ade gak.





               





No comments:

Post a Comment