Friday, February 10, 2012

Selamat Datang ke Pusat Tilikan

Setelah penilik tarikh dan haribulan menilik tarikh dan haribulan, ingin dengan sukacitanya beta nak tulis entri baru untuk blog ini.

Yes, menurut tarikh-tarikh hari lahir dak-dak MD62, Zul, Hadi, Fiqah, Charmaine, dan Izzah masih boleh bergembira dengan sambutan hari lahir mereka kerana tempoh waktu tersebut boleh dikira sebagai tempoh waktu yang masih boleh tersenyum. Namun harus diingati bahawa ketika berlangsungnya hari lahir Izzah, sudah sebulan 2 hari kalau tak silap perkiraan saya, IRP bermula.

Kita teruskan ke tarikh-tarikh yang seterusnya. Bulan April merupakan bulan bermulanya saat genting di mana trial exam bermula! Namun tidak perlu khuatir kerana tiada siapa yang menyambut hari lahir ketika ini. Menuju ke acara terbesar kita semua sebagai pelajar yang namanya sudah terdaftar di dalam senarai IBO, iaitu IB FINAL EXAM 2012. Tahniah buat Hazim dan Yusuff, yang mana kedua-duanya menyambut hari lahir dalam tempoh masa ini. Jangan bimbangkan parti hari lahir kerana kita boleh sambut pada 22 May iaitu pada batch dinner!  3 May exam bermula, 4 May birthday Hazim dan kemudiannya Yusuff pada 7 May.

Baiklah. Ini titik akhir kita di Kolej MARA Seremban. Lengkap sudah 2 tahun pengajian di sini. Semua sudah boleh menghela nafas lega tatkala menjelangnya hari lahir Aida pada 15 Jun dan Amirul pada 22 Jun.

Julai menjengah lagi. Bulan keramat di mana terbongkarnya rahsia keputusan peperiksaan exam kita semua? Insha Allah semua lepas point dan dapat menyambung pelajaran ke destinasi masing-masing di luar negara. Dalam debaran menanti keputusan exam, Syaza dan Farah pula menyambut hari lahir mereka. Syaza 17, Farah 24.

Bulan Ogos, masa untuk menuju ke arah cita-cita semakin hampir. Patricia gembira menyambut hari lahirnya yang jatuh pada tanggal 14 Ogos di Kuching, mungkin. Sementara itu, Aina di Melaka sedang membuka hadiah hari lahirnya yang ke-20 dengan gembira pada 18 Ogos. Takda ayam golek kah? Haha

Bulan September. Bulan di mana semuanya akan ‘terbang’ menuju ke negara pilihan masing-masing, Insha Allah. Semua mencuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru, kawan-kawan baru, dan makanan yang baru, paling penting. Masa inilah Sarah menyambut hari lahirnya yang ke-20 pada 10 September dan Dila pada 15 September.

Sebulan berlalu, mungkin dah biasa dengan persekitaran baru. Iliana punya umur dah naik ke angka 20 pada 13 Oktober! :D Insha Allah bersama-sama dengan ex-classmatesnya di KMS iaitu dak-dak MD62 yang mendapat tempat yang sama dengannya, Insha Allah!

Bulan November berlalu dan akhirnya muncullah bulan terakhir dalam tahun 2012, iaitu Disember. Nabila dan Wani masing-masing menginjak ke angka 20 pada 12 dan 16 Disember. Insha Allah, sekali lagi peristiwa ini akan disambut di luar negara :)

Marilah kita start dari sekarang, semoga vision ni akan menjadi kenyataan! Let’s work together, hand in hand for the sake of our future!

Untuk yang menyambut hari lahirnya dalam bulan September hingga Disember, kita kena make sure yang kita sambut kat luar negara oteyyy??? All izzz well~



All the best, classmates!

Sayang kamu semua,
Dari kite,
L. hahaaha

3 comments:

  1. Sebab ni ke kau nak planner kau? -.-" haha. Let's fly Laena !

    ReplyDelete
  2. tak laaaaaa. haha. ni dapat dari sidebar blog. hahaha

    ReplyDelete
  3. Wei terjumpa balik blog ni. Rindu pulak bebudak MD62..

    Lo and behold, dah 2015. We made it! WE ALL FLEW!

    Xoxo Charmaine ;)

    ReplyDelete