LATAR TEMPAT
NOVEL SAGA KARYA ABDUL TALIB MOHD HASSAN
MASJID
- Tempat untuk menunaikan solat
- Menjadi tempat perbincangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengendalikan pembangunan di Kampung Batu Ragi yang dikendalikan oleh Hisyam dan Rahmat
RUMAH LONG NEMAT
- Hisyam dan Rahmat pergi ke rumah Long Nemat untuk mendapatkan kebenarannya untuk menggunakan tanah miliknya untuk dijadikan jalan raya.
- Long Nemat pada mulanya enggan menerima cadangan itu,namun setelah beberapa lama kemudian dia akhirnya memberi kebenaran.
SEKOLAH
- Sekolah yang dibina khas untuk mengajar kanak- kanak kampung Batu Ragi.
- Pada minggu ketiga pembukaannya, ada orang yang khianat yang bertindak mengotorkan kelas di sekolah itu dengan najis manusia dan sampah sarap
- Tempat Munirah mengendalikan kursus mengenai rumah tangga yang dibuka untuk kaum wanita kampung itu.
Rumah Rahmat
- Merupakan rumah ayahnya yang merupakan Ketua Kampung Batu Ragi
- Menjadi tumpuan penduduk kampung yang ada di antaranya tidak pernah menonton televisyen.
- Tempat Hisyam dirawat oleh ayah Rahmat. Ayah Rahmat hanya menggunakan daun sirih untuk mengubati kecederaan parah di kaki Hisyam.
- Masita pergi ke bilik Hisyam untuk berbual dan mencurahkan rasa hatinya kepada Hisyam.
Rumah Fatimah
- Munirah bertindak untuk membidankan Fatimah kerana kelewatan bidan tua pergi ke rumahnya (yang sengaja dijemput lewat).
- Munirah menganggap kebanyakan tindakan bidan tua dalam membidankan orang tidak besesuaian dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat .
- Tindakan Munirah tidak disenangi oleh bidan tua yang menganggap Munirah hanya mahu menyibuk dengan tugasnya yang sudah lama dipegang.
Kampung Jeram Panjang
- Perkampungan orang asli yang menjadi tempat tinggal Syalang
- Ketua kampungnya bernama Batin Uda.
Pondok kecil di Kampung Jeram Panjang
- Tempat Rahmat, Hisyam dan Abang Husin menumpang tidur
- Dapur pondok dibakar orang dan Rahman, Hisyam dan Abang Husin sempat menyelamatkan diri
- Seluruh pondok habis ranap dibakar
Pondok Batin Uda
- Rahmat pergi ke situ secara berseorangan untuk mendapatkan penjelasan tentang kes pondok yang ditumpanginya dibakar orang
- Batin Uda mengajak Rahmat bercakap di pinggir hutan
Pinggir Hutan
- Rahmat yang mahu berbincang dengan Batin Uda telah diugut agar tidak melawan dengan menggunakan senapang dan matanya ditutup .
- Rahmat dibawa menaiki perahu ke tempat yang tidak dia ketahui memandangkan matanya yang telah ditutup dan tangannya telah diikat
Pondok tempat Rahmat dikurung
- Rahmat dikurung oleh Rauf selama tiga hari tiga malam
- Pada hari yang keempat, Jalil datang ke pondok itu dan terkejut melihat Rahmat dikurung
- Pada malamnya, Jalil datang lagi dan memberitahu Rahmat bahawa dia langsung tidak terlibat dalam penangkapan Rahmat
- Pada malam itu juga, Batin Uda bertindak melepaskan Rahmat dari ikatan kerana dia tidak mahu lagi bersubahat dengan Rauf yang telah menodai anak gadisnya.
No comments:
Post a Comment