Friday, February 25, 2011

muahahahaha jom kite vote Usop Bako untuk kemajuan KMS !!!!!

KITE BAKO JE !!!!!

Saturday, February 12, 2011

CAS

ini merupakan pertama kali ku menulis di blog kelas kite...
emm...takpe...biar lambat asal tulis..

memandangkan cas kite akan bermula tidak lama sahaja lagi, diharapkan semua akan memberi kerjasama n komitmen penuh dalam segala aktiviti..
yang telah diserahkan jawatan dan sedang memegang jawatan, diharap jalankanlah tugas dengan sebaiknya n bersungguh-sungguh...
tak perlu stress, tak perlu tension, anggaplah sebagai pengalaman yg berguna..
ingin kuucapkan terima kasih kepada semua yg sudi membantuku menjayakan program cas kite...
ku tahu semua sedar bahawa cas kite sering ditimpa masalah terutama di last2 minute..
so doalah banyak2 selepas nie, minta Tuhan memberkati segala usaha kite...
jdikan pengalaman lepas sebagai pengajaran yg paling berguna...
sokonglah klasmate masing2 tatkala mereka ditimpa masalah dan bekerjasamalah dengan baik antara satu sama lain...k...

cukup dengan mukadimah...sekarang ckap pasal CAS...
kite skang ade dua aktiviti utama..
a) Grand Bazaar(Europe)
b) Kampung Baru Pantai, Seremban

Untuk grand bazaar, diharap semua sudi membayar RM10...
bendahari akan mengutip pling lewat hari Rabu minggu depan..so be ready...
kite akan menjual French Toast, Roti Hensem, Mushroom Pie n Garlic Bread.
nanti kite akan survey harge baru beli brg...dekat kedai yg murah kitlah...
tugas akan kubahagikan nanti, so bear in mind bahawe suma org akan ade tugas masing2...
juz be ready...

di sini ku ingin memohon jasa baik kwn2 sekalian...
memandangkan kite mengalami masalah kewangan, jika ade sesiapa yg ingin menderma duit atau peralatan memasak, sangatlah dialu-alukan..
akan dimasukkan ke akaun kelas untuk membiayai program cas kite..

ku sangat bersemangat dan gembira untuk projek ini walaupun menyebabkan kite busy..so harap ku dapat melihat kesungguhan dan kite berjaya dalam projek ini sebagai satu kelas..

Kedua, kite akan memulakan program CAS di kmpung pade bulan 3..
26/2/2011, kite akan melawat kampung tersebut untuk perasmian bersama YB dan registration untuk reading programme...ku sangat excited dgn program ini kerana keramahan JKKK nye serta berpeluang melihat dan melawat kampung Melayu...kite juga mungkin berpeluang makan buah2an di situ nanti n mandi air sungai yg dikabarkan sangat sejuk...hopefully, suma excited n tak sabar seperti aku...hehehehe...

diharapkan suma tidak keberatan untuk meluangkan hari sabtu anda, bukan tiap minggu pun, alternate..
diharapkan kumpulan gaya hidup sihat melakukan yang terbaik kerana itu merupakan program kelas kite secara mutlak...organise secara rapi aktiviti...minta pertolongan yg lain...jadikan kampung ini sebagai peluang untuk kite menebus segala yg telah terbazir selame nie...

jgn terlalu fokus untuk mencari cas hours je...jalankan aktiviti secara ikhlas...

ambil peluang ini untuk kite mengeratkan hubungan dan memahami antare satu same lain... lupakan sengketa...
ku harap kalian semua ready untuk lakukan yg sehabis baik...

emm...ku sangat excited setelah menulis...k..that's all for now...CIAO!!!! Love u all!!! CHAYO!!!!

Monday, January 31, 2011

A Piece of The Future

Assalamualaikum WBT

Tuesday (1st February 2011)

CheeseMaster

9.30 pm - 10.00 pm

Speaker

1) Sarah
2) Patricia
3) Wani
4) Izzah
5) Hazim

Grammarian
1) Farah

Evaluator
1) Hazim
2) Pat

Ah Counter
1) Hadi

Timekeeper
1) Nad

Wednesday (2nd February 2011)

There'll be a BIO practical - CHROMATOGRAPHY

Bring lab coat and the new handbook.

-Hazim-

p/s Pls sebarkan. TQ 

Saturday, January 29, 2011

CAS LOG - Yayasan Salam Malaysia

Assalamualaikum WBT

Many thanks to gigi besi Charmaine!


Activity
Date
Time
Duration


  • Attended the talk by officers of Yayasan Salam Malaysia regarding volunteer work and their foundation.
21/01/11
9.30 am
3 hours 30 mins

Total number of hours
3 hours 30 mins

Saturday, January 8, 2011

CAS Log - Tadika Rasah Jaya 1

Assalamualaikum WBT

Ok guys... here's the CAS log for the program we did at the Tadika Rasah Jaya 1 last year. Many thanks to Cynthia Patricia.


Activity
Date
Time
Duration
CAS Elements
Checked by advisor
C
A
S

§     Meeting
28/10/10
9.30 pm-10 pm
30 mins
\


Preparation for next day activity
28/10/10
10 pm-12.30 am
2 hours 30 mins
\
\


§     Playing games
29/10/10
10 am-11.30 am
1 hour 30 mins
\
\


Total number of hours
4 hours 30 mins



 

Saturday, November 27, 2010

nilai dan pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sorry sangat sebab lambat bagi kamu semua. manfaatkanlah ye!


Nilai & Pengajaran
·         NILAI
1) Tolong-Menolong
·       Semasa kedatangan pertama Rahmat, Hisyam, dan Munirah, Seman dan Manaf menolong mengangkat barang mereka dan membantu mengayuh perahu bagi menghantar mereka bertiga ke Batu Ragi.
·       Ramai penduduk kampung datang menolong Hisyam dan Rahmat dalam menyiapkan rumah Long Nemat kerana tanahnya akan digunakan untuk membina jalan di atasnya.
·       Sepanjang Hisyam tinggal di kedai Seman, dia banyak membantu Seman dalam membasuh gelas-gelas dan melayan pelanggan.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah saling menolong antara satu sama lain bagi meringankan beban antara satu sama lain.
2) Hormat- menghormati
·      Demi menghormati Rahmat sebagai suaminya, Munirah sanggup melupakan minatnya dalam bidang muzik kerana menghormati suaminya yang bimbang mereka akan mengabaikan tugas-tugas agama.
·      Munirah segera berhenti menggesek biola apabila melihat ayah rahmat pulang ke rumah, bagi menghormatinya.
·      Rahmat, Hisyam dan Munirah bersalaman dengan semua orang di kedai minum yang terletak di tepi sungai.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah sentiasa menghormati orang yang lagi tua ataupun ketua kita bagi menjalin silaturrahim yang lebih erat antara satu sama lain.
3) Kerjasama
·      Penduduk kampung bekerjasama dalam mendirikan semula kedai Seman yang telah terbakar sebelumnya.
·      Rahmat bekerjasama dengan beberapa sukarelawan untuk menyiapkan jambatan yang dapat disiapkan dalam masa 2 minggu sahaja. Selain itu, Rahmat, Pak usu Ujang, Mamat Liat, Husin, Dolah dan Seman bekerjasama memotong pokok di hutan dalam proses membina jambatan.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah sentiasa bekerjasama ddalam melakukan sesuatu pekerjaan, bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Walau sesusah mana pun sesuatu pekerjaan.
4) Kasih Sayang
·      Rahmat memujuk isterinya yang menangis apabila diberitahu tentang perasaannya yang tidak menyukai isterinya bermain muzik.
·      Rahmat memimpin Munirah ketika mendaki tebing sungai yang agak curam dan licin kerana bimbang Munirah akan jatuh.
·      Demi kasih sayang antara abang dan adik, Jalil tidak sanggup untuk menembak abangnya, Rahmat walaupun disuruh oleh Rauf, sebaliknya, membunuh Rauf sendiri.
PENGAJARAN:
·         Kita hendaklah sentiasa menyayangi dan menghargai kehadiran insan yang telah menemani hidup kita kerana mereka sudi menerima diri kita seadanya.

5) Rasional
·      Walaupun Rahmat berasa sangat marah apabila terdapat cubaan membunuhnya, tetapi dia tetap tenang dan tidak melakukan perkara melulu ketika berjumpa dengan Batin Uda.
·      Semasa Pak usu Ujang tidak sedarkan diri setelah dihempap punggur, Rahmat dan pemuda-pemuda yang lain tidak panik, sebaliknya memikirkan cara untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin.
PENGAJARAN:
·         Kota hendaklah berfikiran rasional dalam setiap perbuatan kita bagi mengelakkan kita daripada bertindak melulu, terutamanya pada saat-saat genting.


·         PENGAJARAN (tambahan)

1.       Kita hendaklah bersyukur dengan setiap nikmat yang kita miliki di dunia. Rahmat Seharusnya bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang cantik, berbudi, berbahasa, berpelajaran dan teguh beragama.
2.       Kita hendaklah redha dengan segala ketentuan Tuhan kerana setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Rahmat redha atas ketentuanNya, yang mana dia masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata setelah lima tahun berkahwin dengan Munirah.
3.       Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi pelbagai bentuk musibah yang menimpa agar tidak melakukan perkara yang tidak wajar. Rahmat dan Munirah tetap bersabar atas tuduhan melulu Imam Jusuh yang mengatakan Munirah adalah Islam celup.
4.       Kita hendaklah menjaga adab ketimuran kita dan tingkah laku kita semasa bersama orang bukan muhrim. Perbuatan Hisyam yang sering memandang Masita di dalam rumah adalah sangat tidak manis. Selain itu, Masita sengaja masuk ke bilik Hisyam pada tengah malam dan berbual-bual sehingga subuh. Hisyam dan Salwa juga pernah duduk berdua-duaan di dusun pada tengah malam dan berbual-bual sehingga subuh.
5.       Kita tidak patut saling menyalahi antara satu sama lain atau meletakkan sesuatu kesalahan itu terhadap orang lain tanpa usul periksa. Orang kampung tidak sepatutnya menyalahkan Rahmat sepenuhnya atas setiap masalah yang timbul  disebabkan olep pembinaan jalan raya itu, kerana tidak semuanya berpunca daripada Rahmat sendiri, contohnya bunyi motosikal Jalil yang bising dan kedatangan penjual ais krim itu berada di luar rancangan pembangunan Rahmat.

Selamat menduduki peperiksaan!!!All the BEST!!

Ezzati Aida~

Thursday, November 25, 2010

GAYA BAHASA !!!!!!!!!!!!!!!!! BERBAHASA LAH SEBAIK MUNGKIN !!

BAHASA PERBANDINGAN
BIL
GAYA BAHASA
HURAIAN
CONTOH
1.      
Metafora
Penggunaan kata yang menggunakan dua kata; konkrit dan abstrak
·         ‘... gagak tua mati menanti...’  (m/s : 36)
·         ...Hisyam sambil tersenyum penuh erti.’ (m/s : 184)
·         Lampu celaka,” bentak Hisyam sambil menghempaskan lampu picit di tanah. (m/s : 234)
·         Mataku liar memandang untuk menembusi kegelapan.’ (m/s : 311)

2.      
Personifikasi
Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia
·         ‘Hanya bunyi-bunyi di luar menikam telingaku.’ (m/s : 45)
·         ‘Sungguhpun hujan renyai, namun kedinginannya menggigit tubuh.’ (m/s : 234)
·         ‘Paling tidak waktu merangkak sudah lebih kurang setengah jam. Tidak ada apa-apa berlaku.’ (m/s : 243)
·         ‘Pondok itu akhirnya ranap dimakan api, tidak sampai satu jam habis tinggal bara sahaja. (m/s : 312)

3.      
Simile
Penggunaan kata bandingan untuk melihatkan persamaannya
·         ‘Hati Ma sering berdebar seperti air yang tenang diganggu angin.’ (m/s : 200)
·         ‘Ma, kau umpama sekuntum bunga yang sungguh wangi.’ (m/s : 200)

4.      
Simbolik
Kata yang mempunyai maksud tersurat
·         ‘Untuk membina jalan dengan tenaga empat kerat sahaja... (m/s : 43)
·         “Orang baju hijau tu, berapa orang?” tanyaku. (m/s : 220) Maksud baju hijau ialah komunis.

5.      
Hiperbola
Perbandingan yang melebih-lebih
·         ‘Tinggi gunug, tinggi lagi harapan saya. Dalam samudera, dalam lagi hasrat saya.’ (m/s : 184)
·         Biar ribut. Biar taufan. Bersamamu, Ma rela.” (m/s : 230)
·         ‘Rasanya bom atom pun tidak dapat menggerakkan diriku ketika itu.’ (m/s : 249)

6.      
Eufemisme
Ungkapan halus yang digunakan untuk menggantikan ungkapan kasar
·         “Lijah dan kena,” katanya selamba dengan renungan tajam ke mukaku. (m/s : 139)
·         ‘...aku tidak akan menanam benihku melainkan Munirah, itu pun mengikut jalan Allah...’ (m/s : 268)

7.      
Disfemisme
Ungkapan kasar yang digunakan untuk menggantikan ungkapan halus
·         ‘Aku ingin berehat menantikan masa matiku.’ (m/s : 134)
·         ‘Kalau betul Masita mengandung, siapa jantannya! Hisyam?’ (m/s : 271)

8.      
Antonomasia
Unsur memperlihatkan sifat seseorang
·         ‘Di kota, Hisyam terkenal di kalangan gadis-gadis sebagai manusia ‘semi-playboy’.’ (m/s : 233)
·         “Itu Manaf anak Mamat Musang,” Pak Ngah Lasim mengenalkan. Geli hatiku mendengar gelaran Musang tu. Sememangnya orang Melayu pandai menggelarkan seseorang dengan berbagai-bagai nama lain. (m/s : 14)

9.      
Onomatopia
Pembentukan perkataan berdasarkan bunyi ajukan manusia
·         Kokokan ayam mengganggu tidur dan mimpiku.’ (m/s : 46)
·         Mengaum bunyi gergaji enjin itu.’ (m/s : 85)




BAHASA SINDIRAN
BIL
GAYA BAHASA
HURAIAN
CONTOH
1.      
Sinisme
Sindiran tajam bertujuan menyakitkan hati seseorang
·         Entahlah Mat. Kau berdua lebih pandai daripada aku. Belajar tinggi-tinggi kalau tak pandai, membazir pula duit ayah-ayah kau. Carilah tempat lain untuk membuat jalan tu. Nanti kita boleh tengok,” katanya mematahkan cakapku. (m/s : 135)




BAHASA PENEGASAN
BIL
GAYA BAHASA
HURAIAN
CONTOH
1.      
Paralelisme
a.      Anafora





b.      Epifora



c.       Simplok


a.      Perulangan awal baris





b.      Perulangan akhir baris



c.       Percantuman anafora dan epifora

a.      Memegang cangkul seperti memegang parang. Memegang parang seperti memegang kapak, memegang kapak bagai memegang stering kereta.’ (m/s : 292)

b.      “Kedai tak berdosa. Siapa pun tak berdosa. Cuma dendam dengan abang kau sahaja agaknya.” (m/s : 177)

c.       Kau yang pentingkan diri sendiri. Kau biarkan aku sendiri.” (m/s : 168)

2.      
Inversi
Pembalikan ayat atau rangkai kata
·         ‘Hampir dua minggu sudah aku di dusun.’ (m/s : 233)
·         ‘Entah ke mana hendak dibawa aku dan atas dasar tujuan apa aku tidak mengetahuinya.’ (m/s : 376)

3.      
Ekslamasi
Penggunaan kata seru untuk penegasan maksud
·         “Mattt!!!” kuat Hisyam menjerit. (m/s : 245)
·         “Aduuuuuuiii!” jeritan Hamilah kedengaran sekuat-kuatnya. (m/s : 336)
·         “Maaaaammmmmmmmkkkkkkkkkk!” Hamilah menangis merayu. (m/s : 337)

4.      
Polisindeton
Penggunaan kata hubung yang banyak di dalam satu ayat
·         ‘Tidak mungkin siapa tahu melainkan aku dan Rahmat sendiri, dan semuanya disaksikan oleh Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengampun.’ (m/s : 281)




BAHASA PENEGASAN
BIL
GAYA BAHASA
HURAIAN
CONTOH
1.      
Paralelisme
a.      Anafora





b.      Epifora



c.       Simplok


a.      Perulangan awal baris





b.      Perulangan akhir baris



c.       Percantuman anafora dan epifora

a.      Memegang cangkul seperti memegang parang. Memegang parang seperti memegang kapak, memegang kapak bagai memegang stering kereta.’ (m/s : 292)

b.      “Kedai tak berdosa. Siapa pun tak berdosa. Cuma dendam dengan abang kau sahaja agaknya.” (m/s : 177)

c.       Kau yang pentingkan diri sendiri. Kau biarkan aku sendiri.” (m/s : 168)

2.      
Inversi
Pembalikan ayat atau rangkai kata
·         ‘Hampir dua minggu sudah aku di dusun.’ (m/s : 233)
·         ‘Entah ke mana hendak dibawa aku dan atas dasar tujuan apa aku tidak mengetahuinya.’ (m/s : 376)

3.      
Ekslamasi
Penggunaan kata seru untuk penegasan maksud
·         “Mattt!!!” kuat Hisyam menjerit. (m/s : 245)
·         “Aduuuuuuiii!” jeritan Hamilah kedengaran sekuat-kuatnya. (m/s : 336)
·         “Maaaaammmmmmmmkkkkkkkkkk!” Hamilah menangis merayu. (m/s : 337)

4.      
Polisindeton
Penggunaan kata hubung yang banyak di dalam satu ayat
·         ‘Tidak mungkin siapa tahu melainkan aku dan Rahmat sendiri, dan semuanya disaksikan oleh Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengampun.’ (m/s : 281)



*footnote : Mia, Izyan, Mai, Atiqah, Amalin, THANK YOU SO MUCH !!

since dorang bermurah hati bagi kongsi gaya bahasa ni, ai nak mengucapkan jutaan tewwwima kasih kepada mewwweka kewwana bg kongsi eheh.
so anda semua boleh study dah !
Yusuff, i'm waiting for ur plot..heheh...cari la inisiatif terbaik yow !

ALL THE BEST MD62 !

by,
Laena Bez, Wani V, Nad Mystery